Rahsia Menambat Hati Pelanggan – Bagaimana Menjual Produk Dengan Lebih Berkesan

by Firdaus Latib on 03/01/2012

Dalam kehidupan, kita sering ditakutkan dengan aktiviti menjual.

Tetapi sedarkah, aktiviti menjual itu adalah satu aktiviti mulia di sisi perniagaan? Tanpa jualan, maka tidak akan wujud keuntungan. Malah jualan juga tidak terhad kepada produk sahaja.

Sebuah idea yang hebat dapat dijual dengan nilai jutaan ringgit, apabila seseorang itu tahu bagaimana untuk menjual idea.

Situasi ini berlaku terhadap dua orang rakan niaga. Yakni merupakan pengasas syarikat South Beach Beverage Co. (SoBe). John Bello dan rakan niaganya, Tom Schwalm membangunkan syarikat mereka pada tahun 1995.

Dalam masa 5 tahun selepas itu, beliau menjual syarikat SoBe kepada Pepsi Co. dengan nilai harga sebanyak USD370 juta.

Harga yang agak tinggi untuk satu syarikat yang baru sahaja mencapai usia tidak sampai 7 tahun. Biasanya kita lihat syarikat yang dijual dengan harga yang tinggi (nilai USD10 juta ke atas) adalah sekitar 10 tahun ke atas.

Apabila ditanya mengenai rahsia bagaimana mereka menjual dengan harga yang cukup tinggi. John Bello hanya menjawab;

“Ini semua berkaitan dengan keupayaan kita untuk menjual idea kepada orang lain.”

Ini bermakna, skop menjual itu wujud dari pelbagai perspektif. Apabila kita berkemampuan untuk menjual idea, bermakna kita mempunyai potensi untuk menjadi seorang jutawan yang berkaliber.

Sekali lagi, kata kunci John Bello adalah… Menjual.

Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Rahsia Menambat Hati Pelanggan – Menjawab Teka Teki Jurujual Berjaya

Penulis buku ini, Mohd Fathuallah bukan orang biasa-biasa. Beliau memiliki kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang jurujual. Buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini memberikan tip, strategi dan teknik dalam bidang jualan dan pemasaran.

Atau lebih spesifik lagi, ketiga-tiga tip, strategi dan teknik beliau terbukti berkesan. Kerana beliau sendiri menggunakannya berkali-kali sehingga hari ini.

Pada pandangan masyarakat, jurujual itu adalah sesuatu yang mengganggu persekitaran. Ini menyebabkan kerjaya sebagai seorang jurujual dipandang rendah. Tetapi menerusi ilmu yang dikepilkan dalam buku ini, kita akan mempelajari cara untuk menjadi seorang jurujual yang:

  • Penuh dengan integriti.
  • Dihormati oleh pelanggan.
  • Diyakini oleh pelanggan.
  • Lebih penting, membuat jualan berkali-kali, walau apa jua produk yang kita jual sekalipun.

Menjadi seorang jurujual yang hebat adalah tidak mustahil, apabila kita mengetahui ilmu yang betul untuk dipraktikkan.

Oleh itu, berhenti menjadi seorang jurujual yang ‘mengganggu’ masyarakat. Beli buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan, dan pelajari bagaimana untuk menjadi jurujual yang ‘disayangi masyarakat.

3 Sebab Kita Wajib Memiliki Buku Ini

Buku ini bukan untuk semua orang. Tetapi adalah untuk semua yang meminati bidang keusahawanan dan jurujual. Ia boleh dijadikan panduan terbaik untuk mempertingkatkan skil jualan kita dari semasa ke semasa.

Setelah menilai kembali testimoni-testimoni yang diberikan oleh pembaca buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan, saya berikan 3 sebab kenapa kita wajib memiliki buku ini:

  1. Pertama – Buku ini melatih gaya kita berfikir mengenai jurujual dari perspektif yang berbeza. Ia melatih kita untuk menyukai industri ini.
  2. Kedua – Buku ini dapat membantu kita menjual apa jua produk dan idea. Lebih menarik, setiap kali kita bercakap dengan pelanggan, mereka akan jatuh cinta dengan kita sebagai penjual.
  3. Ketiga – Ia bukan teori. Tuan Mohd Fathuallah menyusun ilmu dalam buku ini berdasarkan pengalaman dan keasyikan beliau dalam industri ini sejak tahun 1995.

Buku ini berjaya meyakinkan saya untuk berkongsi dengan tuan dan puan agar memilikinya. Ia boleh dibeli menerusi laman web Mohd Fathuallah sendiri. Kita akan memperoleh tandatangan penulis dan penghantaran percuma apabila membeli secara online.

>> Klik Di Sini Untuk Beli (Rahsia Menambat Hati Pelanggan) <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

tips January 3, 2012 at 3:21 pm

macam belajar marketing.. :-)
Jom baca entri terbaru tips @ Lelaki atau Perempuan Kuat Gossip?My Profile

Reply

Firdaus Latib January 4, 2012 at 12:24 pm

Ingat 4P tak? :p

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: