Perniagaan Sederhana Kecil Mati Tanpa Social Media

by Firdaus Latib on 20/12/2011

Kewujudan laman web social media, khususnya Facebook telah banyak membantu peniaga-peniaga dan usahawan sederhana kecil untuk terus bernafas dalam industri. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, hanya peniaga yang kreatif sahaja mampu terus hidup dalam perniagaan mereka.

Sehingga 1hb Mac 2010, pengguna Facebook di Malaysia dianggarkan 5 juta pengguna. Yakni 18% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini. Angka ini yang menjadi faktor utama kenapa kebanyakan perniagaan, termasuk perniagaan sederhana kecil menggunakan ia sebagai medium jualan yang efektif.

Selain daripada itu, berikut adalah sebab-sebab mengapa Facebook menjadi pilihan gologan peniaga-peniaga ini:

Tempat Berhimpunnya 1 Juta Pelanggan Sedia Ada

Berdasarkan kajian umur terhadap aktiviti jual beli manusia, golongan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi berusia 18 tahun hingga 50 tahun. Lebih menarik, golongan ini lebih aktif berada di Facebook berbanding dunia luar.

Ini adalah kelebihan bagi peniaga sederhana kecil. Di mana mereka sudah mempunyai prospek sedia ada. Apa yang perlu mereka lakukan adalah mewujudkan hubungan komunikasi jualan yang efektif.

Antara langkah pertama yang boleh dilakukan adalah membangunkan Facebook Pages khas untuk perniagaan kita.

Tempat Untuk Memahami Keperluan Mereka

Facebook mewujudkan fungsi Wall Post dan Ask Question bagi menepati keperluan peniaga sederhana kecil. Ia boleh digunakan setiap hari bagi memahami keperluan prospek bisnes kita yang sedia ada.

Lebih menarik, respon yang akan kita terima lebih pantas berbanding melakukan survey-survey di kompleks membeli belah. Malah kita tidak perlu membayar staf separuh masa untuk melakukan aktiviti ini.

Tempat Untuk Membina Jenama Tanpa Kos

Jenama yang gah bermula daripada cara kita berkomunikasi dengan prospek. Lebih mudah untuk kita mendekati mereka, maka lebih tinggi peluang untuk kita membina jenama perniagaan.

Oleh sebab itu, kita dapat lihat kebanyakan pemilik perniagaan yang menggunakan Facebook menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 jam. Semata-mata untuk melayan perbualan prospek-prospek menerusi ruangan komen dan sebagainya.

Bagi pemilik bisnes sederhana kecil, apakah cara yang sesuai dilakukan selain daripada menggunakan social media? Bagaimana jika laman web Facebook ini dihapuskan tidak lama lagi?

Apakah alternatif kita sebagai usahawan kreatif dan inovatif, dalam mencari kaedah pemasaran dan penjenamaan yang efektif dan berkos rendah?

kredit gambar: Ksayer1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 4 comments… read them below or add one }

Zulhilmi Zainudin December 20, 2011 at 8:46 am

Benar tuan. Platform yang sudah tersedia harus digunapakai dengan maksimum oleh para usahawan. Ditambah pula dengan sistem iFrame yang baru diwujudkan, kini pemilik FB Page boleh memasang Apps tertentu seperti e-commerce, special deals dan lain-lain bagi menarik lebih ramai prospek dengan bantuan ‘kuasa viral’. Saya sudah cuba, ternyata ianya terbukti :)

Reply

cayalah December 21, 2011 at 7:06 pm

Akan tetapi jgn terlalu bergantung kepada social media sahaja, back-up mesti ada ( blog / web site sendiri ) mesti berkembang selari. Dunia internet makin berkembang , tak rugi kalau maintain 1, 2 website untuk future investment.

Reply

titan December 25, 2011 at 4:11 am

rugila mereka yang tak gunakan facebook untuk buat duit..sesungguhnya ramai yang sedang dalam kerugiannnn..hehe
Jom baca entri terbaru titan @ Abang Merah yang kacakMy Profile

Reply

Firdaus Latib December 29, 2011 at 9:07 am

Lain macam saja Tuan Titan. :P
Jom baca entri terbaru Firdaus Latib @ 7 Cara Mempengaruhi Pembaca Dengan Penulisan BlogMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: