Gaya penulisan yang baik dan berpengaruh adalah gaya penulisan yang mampu meningkatkan taraf hidup pembaca. Paling tidak, sekurang-kurangnya ia mampu membuatkan para pembaca berfikir sendiri untuk membuat keputusan.
Ramai penulis blog menggunakan ayat-ayat yang mencerminkan kelemahan mereka sendiri. Sebagai contoh, penggunaan bahasa kontot. Bahasa-bahasa kontot sebenarnya menyukarkan pembacaan.
Cuba lihat contoh di bawah dan bandingkan kemudahan kita untuk membaca:
Contoh 1:
Hari ini, saya pergi ke kedai Mak Limah untuk membeli makanan dan minuman untuk sarapan pagi. Selepas selesai makan dan minum, saya terus bergerak ke kelas.
Contoh 2:
Hr ni, sy pg ke kdi Mak Limah utk membeli mknn dan minuman utk sarapan pg. Slps selesai mkn dan minum, sy terus bergrk ke kls.
Secara psikologinya, kita lebih selesa untuk membaca ayat dalam contoh 1. Kerana penggunaan Bahasa Melayu penuh dapat membantu mereka mengenal pasti setiap patah perkataan yang ditulis.
Bahasa Kontot Merosakkan Imej Penulis
Sekiranya kekayaan dunia diukur dari segi harta. Maka kekayaan penulis diukur dari segi penggunaan bahasa. Semakin baik penggunaan bahasanya, semakin jelas kredibiliti penulis itu.
Contoh kedua jelas menyukarkan pembacaan khususnya pembacaan kali pertama. Apabila gaya penulisan tidak dijaga, ia akan membawa kepada dua perkara negatif iaitu:
- Pembaca tidak ingin lagi membaca artikel itu.
- Pembaca menganggap pemilik blog tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan sesuatu.
Justeru itu, perbanyakkan latihan untuk memperbaiki kualiti penggunaan bahasa. Bahasa yang baik tidak semestinya menggunakan bahasa baku. Paling tidak, kita menggunakan ejaan penuh agar pembaca tidak terkeliru dengan penyampaian.
5 Cara Untuk Menghasilkan Bahasa yang Indah
Budaya untuk menulis bahasa-bahasa indah boleh dimurnikan dengan beberapa cara. Berikut adalah 5 cara yang disarankan oleh sasterawan negara, A. Samad Said iaitu:
- Membaca,
- Membaca,
- Membaca,
- Menulis,
- Ulang langkah pertama.
Perkongsian beliau menjelaskan betapa pentingnya membaca dalam kehidupan seharian kita. Memilih bahan bacaan juga penting. Sekiranya kita membaca buku yang buruk bahasanya, maka tidak mustahil kita akan menghasilkan penulisan yang buruk seperti penggunaan bahasa kontot.
Baca bahan bacaan yang baik. Bahan bacaan yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Dengan ini, ia dapat melatih diri kita untuk menulis bahasa-bahasa yang persuasif. Secara tidak langsung, kredibiliti kita sebagai penulis blog akan wujud di mata pembaca.
Fungsi utamanya di sini adalah untuk menulis bagi memudahkan pembaca untuk memahami penyampaian kita.
Sekiranya ia tidak tercapai, maka sia-sia sahaja kita meluangkan 1 hingga 3 jam untuk menghasilkan karya.
Mulakan Enjin Bahasa Hari Ini
Rom tidak dibina dalam masa satu hari. Islam tidak tersebar dalam masa 24 jam. Begitu juga penggunaan bahasa. Ia mengambil masa untuk melatih diri sebelum kita benar-benar berpuas hati dengan cara penulisan di blog.
Untuk mengekalkan konsistensi, amalkan perkongsian daripada A. Samad Said. Baca bahan bacaan yang baik, kemudian berlatih menulis.
Kita semua bukan penulis yang baik. Tetapi kita sentiasa berusaha untuk memurnikan bahasa setiap kali menerbitkan artikel di blog.
kredit gambar: Click*Syndicate



{ 5 comments… read them below or add one }
bagusnya bahasa bro
momoy suka baca
siap ada kata-kata dari A. Samad Said
Entri berkualiti
Jom baca entri terbaru Princess MOMOY @ Homemade cinnamon mask for scar pimple
Saya tertarik dengan entri kali ini.. Mohon untuk share dalam entri di dalam blog saya..
Terima kasih.
emm..kalau blog, kurang sesuai kalau bahasa dalam artikel kita nak semuanya baku atau ikut perkataan standard. bukan nak menganaktirikan bahasa. Tapi tengok keadaan.
Kalau macam surat khabar. itu wajib. Kalau majalah, itu wajib. Blog? Kurang sesuai. Aku pernah cuba buat. Tapi hasil kurang memberangsangkan baik dari segi pendapatan, trafik dan pembaca tetap.
MELAINKAN, kita ada produk mantap. Contoh terbaik, zul smartusaha dan geng Majalah IM. Trafik dari 2 blog utama mereka kurang. Tapi pembaca yang datang berpotensi untuk jadi pembeli walaupun ayat-ayat dalam blog mereka skema habis.
Jom baca entri terbaru titan @ Komisen kedua dari CPM.biz
Gaya menulis mengikut tujuan blog itu dibangunkan.
Jom baca entri terbaru ahmadyani @ 7 Cara Mudah Membangkitkan Minat Dan Mengekalkannya
Saya sependapat dengan bro Titan. Tetapi saya lebih cenderung mengatakan ia bergantung kepada ‘style’ penulisan berbanding bahasa.
Tidak dinafikan dalam kebanyakan blog terdapat kesan bahasa percakapan, tetapi perlu mengurangkan penggunaan kata-kata kontot/bahasa SMS.
Jom baca entri terbaru muhammad fakhruddin @ Dunia Tanpa Kertas?
{ 1 trackback }