Memikat Pengguna Menggunakan Facebook Pages – Evolusi 2012

by Firdaus Latib on 16/01/2012

Dari tahun 2011, kini muncul 2012.

Daripada 10 orang yang ‘Like’ Facebook Pages Firdaus Latib, kini lebih daripada 2,500+ ‘Like’.

Semua ini digelar evolusi. Yakni perubahan yang berlaku secara berperingkat. Dalam kehidupan, setiap perkara akan mengalami perubahan. Seperti Facebook Pages sendiri, kita perlu memahami dan menerima hakikat bahawa pola perubahan ini akan berlaku.

Pengguna Facebook yang lain tidak akan berdiam diri melihat Facebook Pages kita dikemaskini dengan cara yang sama dan lama. Seperti Google yang menetapkan peraturan fresh content pada tahun 2012, pengguna Facebook juga inginkan satu pendekatan baru daripada pihak kita.

Bagi pemilik Facebook Pages, apakah pendekatan yang terbaik  untuk menyegarkan kembali golongan yang sudah ‘Like’ kita sejak tahun 2011?

Idea ini saya garap berdasarkan kajian yang diambil daripada Social Media Examiner dan Top Rank Blog. Antara idea yang dapat menyegarkan kembali Facebook Pages kita adalah seperti berikut:

Sinergi Maklumat

Jika sebelum ini kita hanya menggunakan teks sahaja untuk berhubung, maka evolusi seterusnya adalah menggunakan pelbagai elemen multimedia. Contohnya, kita boleh menggabungkan teks dan imej untuk menarik perhatian pengguna Facebook bagi membaca maklumat yang ingin disampaikan.

Sinergi maklumat yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • Gabungan teks dan imej.
  • Penggunaan video.
  • Gabungan teks, imej dan video.
  • Kongsikan pautan daripada Facebook Pages lain (termasuk pesaing kita).

Dengan mewujudkan kelainan dari segi penyampaian maklumat, mereka akan melihat content kita dari sudut yang segar dan unik.

Mencantikkan Lagi Imej Profil

Ya, tukar imej utama Facebook Pages.

12 bulan (atau 360 hari) menggunakan imej yang sama membosankan mereka. Berpegang pada konsep kesegaran. Pengguna Facebook mahu lihat sesuatu perubahan.

Jika sebelum ini kita menggunakan imej yang kurang jelas, pastikan tahun 2012 adalah tahun kita memuat naik gambar yang mempunyai kualiti tinggi, dan lebih menarik. Atau gunakan saiz maksimum imej Facebook Pages iaitu 200 piksel (lebar) x 600 piksel (panjang).

Sentiasa berfikir secara kreatif. Rujuk Facebook Pages yang lain untuk mendapatkan inspirasi.

Perbanyakkan Pertandingan

Ingin Facebook Pages kita bertambah viral dan meningkatkan jumlah ‘Like’ sebanyak 10% setiap minggu?

Maka perbanyakkan lagi pertandingan dalam Facebook Pages. Khususnya pertandingan yang memerlukan mereka untuk berkongsikan pautan Facebook Pages kepada rakan-rakan Facebook yang lain.

Sebagai contoh, berikut adalah salah satu daripada idea wall post untuk meningkatkan jumlah ‘Like’ kita menerusi pertandingan:

Idea 1:

“Kongsikan pautan Facebook Pages Firdaus Latib dan menangi hadiah iPhone 4S. Kami akan memilih secara rawak apabila jumlah ‘Like’ mencecah 10,000 orang. Oleh itu, mari jadi orang yang bertuah untuk memiliki telefon pintar bernilai RM1,800 ini.”

Idea 2:

“Inginkan duit daripada aktiviti blogging? Saya berbesar hati untuk memberikan sebuah panduan ‘Buat Duit Dengan Nuffnang RM100 Setiap Bulan’ secara PERCUMA. Syaratnya, anda hanya perlu menulis 3 sebab kena anda mahu buat duit dengan blog. Kemudian kongsikan di Facebook rakan-rakan anda dan ajak mereka untuk turut serta sekali.”

Kajian terhadap laman web social media mendapati pertandingan adalah cara yang terbaik untuk mempromosikan Facebook Pages kita dengan lebih efektif, dan memperoleh hasil yang drastik.

Untuk memperoleh idea pertandingan yang lebih kreatif, rujuk mana-mana Facebook Pages yang cukup sinonim dengan konsep ini. Ambil idea mereka, olah mengikut kesesuaian.

Kemudian bertindak segera untuk melihat hasilnya.

Apa Impian Facebook Pages Kita Tahun 2012?

Meletakkan sasaran untuk menaik taraf Facebook Pages kita pada tahun ini dapat membantu untuk merangka perancangan ke arah kejayaan. Panduan yang dikongsikan dalam artikel ini hanya dapat dilaksanakan apabila kita memiliki impian yang jelas untuk Facebook Pages yang dimiliki hari ini.

Apakah impian kalian? Facebook Pages Firdaus Latib mensasarkan kenaikan ‘Like’ sebanyak 8,000 minimum apabila mencecah bulan Disember 2012.

kredit gambar: cambodia4kidsorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 8 comments… read them below or add one }

encikarman January 16, 2012 at 12:10 pm

tq bro, baguh gak info2 cam ni
Jom baca entri terbaru encikarman @ Purata Annual Return Untuk Dana-dana Unit Trust Public Mutual Terpilih!My Profile

Reply

Firdaus Latib January 16, 2012 at 12:55 pm

Semoga Encikarman dan semua pembaca dapat manfaatnya. :)

Reply

amirulfaiz January 17, 2012 at 2:11 pm

Saya suka idea yang diutarakan. Hmm, untuk 2012, saya akan cuba memberi kesegaran kepada FB Fan Pages saya.
Jom baca entri terbaru amirulfaiz @ Pameran Penyelidikan dan Kesihatan UKM.My Profile

Reply

Firdaus Latib January 17, 2012 at 10:59 pm

Itu yang sebaiknya Tuan Amirulfaiz. Untuk hasil yang lebih baik, selalulah berinteraksi dengan ‘fan’ anda. :)

Reply

titan January 17, 2012 at 8:02 pm

hoho..ramai yang dah buat. Ada yang just buat fanpages ni..lepas tu, dia akan jual..memang just target nak jual lepas fanpages dah popular..
Jom baca entri terbaru titan @ Komisen ke 31 dari Paid-to-Promote.netMy Profile

Reply

Firdaus Latib January 17, 2012 at 11:20 pm

Apa pendapat Tuan Titan mengenai bisnes jual fanpages ni ya? Terima kasih.

Reply

titan January 23, 2012 at 2:20 am

kalau nak buat benda ni. rule pertama, jangan jatuh cinta dengan fanpages yang kita buat. Nanti susah nak jual. haha..

rule kedua. kita buat fanpages yang orang lain suka dan mampu buat mereka jatuh cinta dengan fanpages kita. Nanti senang nak jual. 2-3k? Itu murah.
Jom baca entri terbaru titan @ Lelaki kacak biasanya memang kelakar.My Profile

Reply

mak dara January 29, 2012 at 10:26 pm

Nice entry indeed..

btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya… =)

Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 “click vote di link http://www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: