Nota ini adalah untuk tatapan semua, yang sedang bertungkus lumus untuk mengecapi kejayaan.
Semoga Allah permudahkan usaha kita setiap hari. Semoga Allah berikan kekuatan kepada diri kita setiap saat untuk menempuh situasi sukar dan mencabar.
Hakikat adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Tetapi yang pahit itu kita lawan. Kita telan. Kemudian kita teruskan kehidupan.
Kerana percaya atau tidak, dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sama ada berniaga atau bekerjaya, akan wujud dua jenis watak baru dalam perjalanan hidup kita. Watak ini mempunyai pro dan kons yang tersendiri.
Dua Watak Dalam Kehidupan
Dua waktu baru ini dinamakan:
- Si penyokong.
- Si pembangkang.
Manusia itu gagal bukan disebabkan orang lain. Ia jelas berpunca daripada diri sendiri. Kerana kita sentiasa diberi pilihan. Pilihan untuk memilih watak sepanjang perjalanan. Kita bebas memilih si penyokong sebagai kawan, atau memilih si pembangkang sebagai lawan.
Manusia itu gagal kerana mereka terperangkap dengan kata-kata si pembangkang. Si pembangkang adalah mereka yang suka mengecil-ngecilkan orang lain. Bagi si pembangkang, mereka lebih suka menjatuhkan orang yang ingin berjaya.
Kerana itu adalah watak mereka. Dan mereka memainkan watak dengan cukup baik untuk menjatuhkan kita. Kita kalah apabila kita sendiri memilih untuk terperangkap dengan kata-kata mereka.
Kita terlalu percaya kata-kata negatif mereka. Tanpa mengambil kira keyakinan dan kepercayaan kita terhadap sesuatu yang ingin kita capai sebelum ini.
Akibatnya?
Si pembangkang suka. Mereka gembira. Kerana kita tewas di tangannya. Tetapi kita perlu sedar, situasi ini berlaku kerana kita sendiri mengizinkannya untuk berlaku.
Kita Bisa Memilih
Ya, kita bisa memilih. Kuasa pilihan di tangan kita. Kita bisa memilih untuk bersama dengan watak si penyokong, atau memilih untuk menurut cakap si pembangkang.
Tetapi kenapa? Kenapa biasanya bilangan penyokong itu hanya sedikit? Walhal si pembangkang mempunyai pengikut yang ramai yang turut beria-ia ingin menjatuhkan semangat kita untuk berjuang.
Jawapannya, itu adalah hakikat. Orang yang memahami perjuangan kita berada dalam jumlah yang sedikit. Tetapi jumlah sedikit ini yang bisa membantu kita untuk mencapai kejayaan.
Wahai sahabatku, pembaca blog ini.
Kita Ada Dua Pilihan
Setiap manusia akan berhadapan dengan situasi ini. Namun kita ada dua pilihan. Yakni pilihan pertama adalah mendengar bunyi kegagalan dan menerimanya bulat-bulat. Kemudian menyesali keputusan yang dibuat.
Manakala pilihan kedua, kita memilih untuk bersama dengan si penyokong. Golongan yang sentiasa optimis dan produktif untuk menyokong usaha kita bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan yang dihormati.
Pilihan berada di tangan kita. Ketahui sebenar-benarnya, kita sentiasa berhadapan dengan dua watak ini setiap hari.
Tetapi ingat, ingat… Kita bisa memilih.
Ini adalah nota motivasi dan inspirasi untuk semua. Mudah-mudahan bermanfaat.
kredit gambar: noluck
Biodata Penulis
Aqif Azizan adalah penulis dan usahawan internet sepenuh masa. Beliau menjadikan blog sebagai wadah untuk menyampaikan ilmu bermanfaat dari pelbagai sudut. Antaranya adalah perniagaan, pemasaran dan pembangunan diri.
Layari laman Facebook Aqif Azizan untuk mengenali diri beliau dengan lebih lanjut.



{ 5 comments… read them below or add one }
n3 ini memang dapat memujuk emosi saye yang sedang tegang ni. huhu!
Jom baca entri terbaru tips @ Hatiku Kau Guris Luka..
Alhamdulillah. Sejuk hati saya. Jutaan terima kasih buat Tuan Aqif atas artikel berkualiti ini.
Aku setuju dengan artikel ni. Masalahnya, orang kita ni ramai yang tak nak memilih. Takut silap memilih katanya..
Jom baca entri terbaru titan @ Innity makin ketat-petat.
Perkongsian yang mencengkam jiwa. Terima kasih.

Jom baca entri terbaru Razak Muhaimin @ Pengedar Monavie – Remaja 21 Tahun Menjana RM30,000 Dengan Jus Monavie
Sama-sama. Kredit ini buat Tuan Aqif.