Mewujudkan daya pengaruh yang tinggi memerlukan skil komunikasi yang tinggi. Salah satu contoh individu yang mempunyai skil ini adalah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda mempunyai skil komunikasi yang baik.
Di mana skil komunikasi ini yang membuatkan orang ramai suka dan selesa untuk berinteraksi dengan baginda. Situasi ini juga berlaku kepada musuh-musuh beliau yang turut mengaku selesa apabila berinteraksi dengannya.
Komunikasi yang berpengaruh dapat membantu pemilik blog dari pelbagai aspek, antaranya adalah:
- Membina reputasi dengan pantas.
- Mewujudkan tahap komunikasi yang tinggi di antara penulis dan pembaca.
- Meningkatkan jumlah pelawat setia blog secara konsisten dari semasa ke semasa.
Soalannya sekarang, apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh blogger untuk membina pengaruh menerusi blog mereka? Berikut adalah 7 aktiviti yang dapat membantu kita hari ini.
#1 – Dengar, Lihat dan Jadi Pasif
Perbuatan terlalu obses dengan aktiviti yang aktif dalam dunia blogging iaitu menulis kadang kala mengundang padah. Kita cenderung untuk menulis apa yang kita mahu, tetapi bukan apa yang pembaca mahu tahu.
Justeru itu, setiap kali sebelum mula menulis, lihat terlebih dahulu respon pembaca dalam artikel-artikel sebelum ini. Gunakan respon mereka sebagai idea untuk menulis. Dari situ, kita akan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.
#2 – Minat Terhadap Topik
Minat yang mendalam terhadap sebuah topik merupakan kunci kejayaan seorang blogger mahupun penulis. Dengan mempunyai minat, kita melihat sesuatu topik itu dengan skop yang lebih luas.
Elakkan daripada menulis kerana mahukan keuntungan dari segi harta benda semata-mata. Lakukan perkara yang kita minat. Seperti nasihat pemilik syarikat Oh Media, Tuan Khairul Hassan.
Beliau memberitahu, “Saya berjaya menjana pendapatan lumayan dengan blog kerana saya meminati arena blog ini sejak awal. Bukan kerana keuntungan semata-mata.”
#3 – Relaks dan Fokus
Menulis blog dalam keadaan tergesa-gesa seperti dalam keadaan last minute akan membunuh kualiti penulisan. Perbuatan ini perlu dipandang serius oleh blogger bagi menghasilkan artikel yang berpengaruh.
Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Rancang karya kita sehari sebelum menulis artikel. Dengan ini, ia memudahkan kita untuk menghimpunkan bahan-bahan kajian atau fakta, yang berkait rapat dengan tajuk artikel.
#4 – Banyakkan Bertanya
Skil komunikasi yang baik adalah kurangkan bercakap perkara yang tidak berfaedah, dan perkara yang pembaca tidak mahu tahu. Gunakan blog untuk bertanyakan sebarang soalan yang bermain dalam fikiran pembaca.
Dengan mengetahui kehendak mereka, maka lebih mudah untuk kita menyampaikan karya yang lebih persuasif.
#5 – Jumpa Pembaca Di Dunia Realiti
Dunia realiti dan dunia maya ternyata memberikan impak yang berbeza. Apabila kita berjumpa pembaca di dunia realiti, mereka akan lebih mengenali kita. Setelah wujud rasa percaya dan teruja terhadap pemilik blog, mereka akan cenderung bertukar menjadi pembaca setia.
Oleh yang demikian, sekali sekala, wujudkan satu perjumpaan ringkas bersama para pembaca. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pembaca.
#6 – Belajar Daripada Pembaca
Layari laman blog pembaca kita dan olah semula entri mereka. Kemudian letakkan kredit idea terhadap pemilik blog asal. Dengan cara ini, pembaca blog kita akan rasa dihargai kerana karya mereka ini diterima dan diolah oleh kita.
#7 – Bukan Sekadar Fakta dan Angka
Elakkan daripada terlalu obses menulis fakta dan angka. Kerana masalah yang akan berlaku adalah penulisan kita akan nampak seperti terlalu kaku, berat dan membosankan. Biasakan diri untuk menulis secara kreatif.
Yakni gabungan daripada idea, fakta, angka dan juga gaya bahasa tersendiri.
Dengan Pengaruh, 10,000 Pelawat Lebih Mudah
Menurut penulis e-book Formula Blogging – Rahsia Trafik iaitu Aqif Azizan, penulisan yang berpengaruh bukan sahaja dapat meningkatkan jenama pemilik blog. Malah ia dapat meledakkan jumlah pelawat secara mendadak dengan cara yang lebih berkesan dan beretika.
E-book ini boleh didapati menerusi laman blog Majalah Niaga.
kredit gambar: Roslan Tangah (aka Rasso)



{ 15 comments… read them below or add one }
Intipati dalam tulisan ini, Insya Allah saya akan cuba mempraktikkannya. Terima kasih.
Jom baca entri terbaru sabri69 @ Fosil Kerang Berkalimah
Selamat mencuba Tuan Sabri.
menarik sekali entri ni
baca entri ni saja momoy tahu bro memang pakar dalam bahasa dan komunikasi
Jom baca entri terbaru Princess MOMOY @ Be careful! Fake BR1M Form!
Pakar? Masih dalam pembikinan rasanya….:)
Assalamualaikum.
Berbanyak terima kasih kepada tuan. Perkongsian ini sangat-sangat bermanfaat dan ilmu buat para pembaca, terutamanya kepada para blogger.
Terima kasih dan terima kasih.
Jom baca entri terbaru Ashrafi @ Apabila Marah
Waalaikumsalam Tuan Ashrafi.
Sama-sama. Saya juga mengharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Menarik perkosngsian dan tips ini. Akan dimanfaatkan sepenuhnya ilmu yang disampaikan ini.
Hebat

Jom baca entri terbaru halifsaat @ Berapa jam korang kerja sehari?
Terima kasih Tuan Halifsaat. Tuan juga hebat orangnya.
Tulis apa yang pembaca mahu baca bukan apa yang kita mahu tulis. Tip ini menarik sekali seperti tip runcit Mydin. Jual apa yang pembeli suka beli bukan jual apa yang kita suka jual.
Jom baca entri terbaru ahmadyani @ Jangan Ucapkan Selamat Tahun Baru 2012
Terima kasih atas perkongsian Tuan Ahmadyani. Saya juga baru tahu tip tersebut dari buku Mydin, Di Sebalik Tabir. Ia berbalik semula kepada konsep ‘demand and supply”.
wow .. thanks .. saya bersyukur ditemukan dengan blog ni . banyak panduan!
Jom baca entri terbaru Lia Nadia Qistina @ Previu Windows 8 Versi Penuh – Cantik!
Alhamdulillah. Rajin-rajin singgah ya..hehe
Perkara yang ke-3, jika terlalu relaks akan hilang fokus dan kurang istiqamah pula. Saya sedang mencari keseimbangan.
Jom baca entri terbaru muhammad fakhruddin @ Al-Fateh Alaf Baru
Betul Tuan Fakhrudidin. Tak dinafikan keseimbangan itu yang terbaik dalam apa jua perkara.
hehe..betul tu semua walaupun aku selalu hentam aje apa yang ada dalam fikiran masa tulis kat blog.
Jom baca entri terbaru titan @ Innity makin ketat-petat.