5 Tip SEO Bunuh Laman Web

by Firdaus Latib on 12/12/2011

Sebelum ini, blog FirdausLatib.com ada membicarakan mengenai tip-tip pemasaran SEO (optimasi enjin carian). Artikel ini berbeza. Kita akan belajar bagaimana tip SEO daripada individu lain dapat membunuh laman web.

Membunuh itu bermaksud mengeluarkan laman web kita daripada keputusan enjin carian (search engine results). Dalam bahasa lainnya, sandbox.

5 Tip SEO yang Membunuh

#1 – Obses dengan Pagerank – Terlalu fokus pada Pagerank sehingga setiap hari refresh laman web untuk tahu perkembangan adalah tindakan yang kurang bijak. Fokus utama kita adalah menghasilkan lebih banyak backlink berkualiti, bukan refresh laman web setiap hari.

#2 – Fokus pada single keywords – Dalam proses pembinaan backlink, fokus pada phares keywords. Contohnya, bina backlink menggunakan kata kunci ‘tip pemasaran internet’, bukan ‘internet’.

#3 – Tidak install plugin SEO – Ini merupakan tindakan yang berisiko. Sekiranya kita pengguna WordPress, dapatkan plugin SEO percuma seperti All-in-one SEO Pack. Selepas itu, lengkapkan plugin itu dengan maklumat yang berkaitan dengan laman web kita.

#4 – Amalan CC (Content Crap) – Isi kandungan laman web yang baik adalah kekuatan utama untuk kita berada di kedudukan tertinggi enjin carian. Justeru itu, tumpukan sepenuhnya untuk menghasilkan artikel atau content yang:

  • Menarik.
  • Unik.
  • Menepati keperluan pengunjung.

#5 – Tidak Buat SEO – Masalah ini sering berlaku. Mereka tidak nampak keputusan yang baik kerana langsung tidak mengamalkan teknik-teknik pemasaran SEO. Dapatkan ilmu di mana sahaja mengenai SEO. Kemudian terus praktikkan.

Asas SEO – Text / Links / Populariti / Reputasi

Menurut pakar pemasaran SEO, Richard Burckhardt, asas SEO merangkumi 4 elemen sahaja iaitu:

  • Text (Penggunaan keywords).
  • Links (Berapa banyak pautan laman web kita ada di laman web orang lain?)
  • Populariti.
  • Reputasi. (Content dan sebagainya).

ebook seni seo

Para pembaca boleh rujuk pada ebook SENI SEO, bagi menyelesaikan masalah-masalah dan tekanan besar mengenai tip pemasaran SEO yang terbukti berkesan. Ia adalah panduan asas yang ditulis dalam gaya bahasa yang mudah difahami dan ringkas untuk dibaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 13 comments… read them below or add one }

Umar Faruq December 12, 2011 at 1:22 pm

Keupayaan blog saya untuk berada di 1st page google semakin menurun sekarang. Apa puncanya ya? Macam mana nak check puncanya?
Jom baca entri terbaru Umar Faruq @ Awie Gaduh Di Pulau Langkawi – Ada Kaitan Perjumpaan PEKIDA?My Profile

Reply

Firdaus Latib December 13, 2011 at 8:19 am

Boleh saya tahu untuk keyword apa Tuan Umar? Dari situ, tuan boleh lihat pesaing tuan. :)

Reply

Zulhilmi Zainudin December 12, 2011 at 9:10 pm

Tuan Firdaus,

Jika laman web kita bukan berasaskan CMS seperti Wordpress dan hanya minisite daripada halaman .html , apakah teknik lain selain daripada plugin SEO ya kerana plugin ini tidak boleh dipasang di minisite.

Mohon cadangan tuan :)

Reply

sofian December 13, 2011 at 1:30 am

Nice tips anyway :)

paling saya suka adalah CC…content crap..

even for affiliates, walaupun mereka buat content dari PLR (aku la kot :D ), masih mementingkan aspek unique. Kenapa?just simple, manusia yang buat search engine, dan search engine sekarang dah ikut cara manusia :)
Jom baca entri terbaru sofian @ Bursa SEO: tutorial kedua ON-page SEO tip blogging terbaikMy Profile

Reply

sofian December 13, 2011 at 1:33 am

erk..tersilap port post..hehe..so, memandangkan tersilap, just bagi cadangan..

bro pakai HTML tu buat pakai apa?NVU?adobe?
-tak kisah la pakai apa jenis software pun, tapi pendek kata, dalam semua software tu, pasti ada title kan?di situ pentingnya penggunaan title tu-so, automatically SE friendly :)
Jom baca entri terbaru sofian @ Bursa SEO: tutorial kedua ON-page SEO tip blogging terbaikMy Profile

Reply

Zulhilmi Zainudin December 13, 2011 at 5:42 am

Oh macamtu. Okay tuan sofian. Terima kasih di atas cadangan :)

Reply

Firdaus Latib December 13, 2011 at 8:00 am

Terima kasih Tuan Sofian untuk jawapan tersebut. Pendapat saya juga sama. Isikan maklumat di Title dan Description.

Terima kasih Tuan Zulhilmi untuk soalan itu. :)

titan December 13, 2011 at 2:16 pm

hoho..ini tips memang bunuh blog lain nih. hehe..
Jom baca entri terbaru titan @ Hutang PTPTN dah nak habis.My Profile

Reply

Juan December 14, 2011 at 5:45 am

bahaya tip ni, hehe

Reply

Hadi Hanafee December 14, 2011 at 12:38 pm

tips ini memang bagus, jarang difikirkan orang sebenarnya. belajar SEO agak susah pada mulanya tapi bila dah amalkannya bukan lagi satu masalah
Jom baca entri terbaru Hadi Hanafee @ WordPress 3.3 Kini DilancarkanMy Profile

Reply

levelsatu December 15, 2011 at 12:48 am

hehe..kena hati-hati..takut terbunuh blog lain. :D
Jom baca entri terbaru levelsatu @ Benarkah facebook mengancam keputusan peperiksaan anda?My Profile

Reply

jackiegpunk December 17, 2011 at 11:59 am

dah lamer nak belajar pasal seo nie tapi tak paham2.. kena menuntut lagi nie..

Reply

GreenLava December 20, 2011 at 2:50 am

Ilmu SEO percuma tumbuh melata kat internet. Tunggu nak filter jer yang mana genuine, bernilai tambah & berguna, dan yang mana tiada nilai whatsoever. Jangan terbunuh sudah :)
Jom baca entri terbaru GreenLava @ How to remove unwanted Adsense Ads from your blogMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: