3 Cara Memanipulasi Sistem Enjin Carian Google

by Firdaus Latib on 09/01/2012

Pada tahun 2003, Google mencipta sebuah algoritma yang menggunakan content based, sebagai faktor utama peningkatan laman web apabila menggunakan servis enjin carian.

Algoritma ini bukan sahaja membantu pengguna Internet seluruh dunia untuk memperoleh maklumat yang mereka mahu, tetapi turut ditiru oleh kebanyakan sistem enjin carian yang wujud sehingga hari ini.

Laporan daripada Cyrus Shepard ketika ini mendapati, Google kini menggunakan pendekatan baru untuk menilai isi kandungan yang segar. Tujuannya jelas, iaitu untuk membantu pengguna Internet memperoleh carian yang menepati keperluan mereka.

Justeru itu, berikut adalah idea-idea beliau terhadap pendekatan terbaru strategi optimasi enjin carian bermula tahun 2012.

#1 – Mengubahsuai Themes Blog

Pengubahsuaian themes blog boleh dilakukan sekiranya blog kita sudah berada di Internet lebih daripada 5 tahun. Ini kerana penyusunan framework baru terhadap laman web dapat memberikan signal terhadap enjin carian, di mana blog kita ini mengalami perubahan struktur yang lebih kemas dan segar.

Kita boleh lihat seperti blog Darren Rowse iaitu Problogger.net. Beliau mengambil inisiatif untuk mengubahsuai 100% daripada themes blog asal.

#2 – Menambahkan Bilangan Halaman

“Laman web yang menambahkan halamannya secara konsisten mempunyai kemungkinan tinggi untuk memperoleh signal content fresh daripada enjin carian, berbanding laman web yang tidak melakukannya.”

Penambahan bilangan halaman (bagi blog) yang dimaksudkan adalah penambahan jumlah artikel atau laman statik seperti:

  • Tentang.
  • Servis.
  • Hubungi.

Penambahan atau pengubahsuaian halaman dapat memberikan signal bahawa isi kandungan kita sentiasa segar. Proses ini boleh dilakukan mulai hari ini, dengan menambahkan biodata terkini kita pada halaman ‘Tentang’ dan sebagainya.

#3 – Memberikan Komen Dalam Blog Baru

Terdapat pemilik blog yang hanya memberikan komen terhadap blog-blog pilihannya selama 1 hingga 3 tahun berturut-turut. Situasi ini menyebabkan sistem enjin carian menilai blog kita berada pada tahap lama.

Untuk menyegarkannya kembali, cari blog-blog baru yang berkaita dengan industri kita dan mula berkomunikasi dengan mereka. Seperti menggunakan ruangan komen untuk meletakkan pautan blog kita dalam blog mereka.

Segar Lebih Bermakna Pada Enjin Carian

Google adalah salah satu daripada syarikat enjin carian yang sentiasa mencari pendekatan dan penilaian hasil carian yang berkait rapat dengan kepuasan manusia. Kajian terkini mendapati mereka menggunakan konsep freshness content untuk melakukan penilaian.

Apakah tindakan tuan dan cikpuan berkenaan pendekatan terbaru ini? Adakah ia akan memudahkan blogger atau sebaliknya, untuk menguasai seni Search Engine Optimization (SEO).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 9 comments… read them below or add one }

ahmadyani January 9, 2012 at 7:08 pm

3 cara ini agak mudah untuk dilakukan.
Jom baca entri terbaru ahmadyani @ Kelab Pejalan KakiMy Profile

Reply

Firdaus Latib January 12, 2012 at 12:26 pm

Moga pendekatan ini memudahkan para blogger dan Google terus memberi pendekatan yang lebih realistik untuk diaplikasikan dari semasa ke semasa.

Reply

titan January 13, 2012 at 6:34 pm

yap, itu triknya. Kena sentiasa segar dimata google. hehe..

Reply

Firdaus Latib January 16, 2012 at 1:56 pm

Pembaca dan pelawat juga tak bosan kan Tuan Titan?:)

Reply

titan January 16, 2012 at 5:10 pm

yap. kalau diorang bosan, diorang blah. simple macam tu aje. Pelawat ni memang macam tu..
Jom baca entri terbaru titan @ Komisen ke 10 dari 701panduanMy Profile

Reply

muhammad fakhruddin January 14, 2012 at 7:45 am

Perlu bertindak untuk kemas kini page About!
Jom baca entri terbaru muhammad fakhruddin @ Al-Fateh Alaf BaruMy Profile

Reply

Firdaus Latib January 16, 2012 at 1:58 pm

Ya, saya juga akan melakukan sedikit rombakan dengan menambah page Produk dan Sumber. :)

Reply

hatiputera January 16, 2012 at 9:27 am

satu info yang berguna buat saya di dunia blogging
Jom baca entri terbaru hatiputera @ Chong Wei Muncul Juara Terbuka Malaysia 2012My Profile

Reply

yoku February 6, 2012 at 10:30 pm

google memang lebih bijak berbanding search enjin lain…
harap kewujudan pesaing baru mampu menjadikan search engine sedia ada akan lebih flexible justeru kita nantikan kehadiran satu lagi pesaing bulan apr ni.. review http://whistlernews.blogspot.com/2012/01/wazzub.html
Jom baca entri terbaru yoku @ WAZZUB | New Search EngineMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: