by Firdaus Latib on 16/01/2012
Dari tahun 2011, kini muncul 2012.
Daripada 10 orang yang ‘Like’ Facebook Pages Firdaus Latib, kini lebih daripada 2,500+ ‘Like’.
Semua ini digelar evolusi. Yakni perubahan yang berlaku secara berperingkat. Dalam kehidupan, setiap perkara akan mengalami perubahan. Seperti Facebook Pages sendiri, kita perlu memahami dan menerima hakikat bahawa pola perubahan ini akan berlaku.
Pengguna Facebook yang lain tidak akan berdiam diri melihat Facebook Pages kita dikemaskini dengan cara yang sama dan lama. Seperti Google yang menetapkan peraturan fresh content pada tahun 2012, pengguna Facebook juga inginkan satu pendekatan baru daripada pihak kita.
Bagi pemilik Facebook Pages, apakah pendekatan yang terbaik untuk menyegarkan kembali golongan yang sudah ‘Like’ kita sejak tahun 2011?
Klik untuk artikel penuh
by Firdaus Latib on 09/01/2012
Pada tahun 2003, Google mencipta sebuah algoritma yang menggunakan content based, sebagai faktor utama peningkatan laman web apabila menggunakan servis enjin carian.
Algoritma ini bukan sahaja membantu pengguna Internet seluruh dunia untuk memperoleh maklumat yang mereka mahu, tetapi turut ditiru oleh kebanyakan sistem enjin carian yang wujud sehingga hari ini.

Laporan daripada Cyrus Shepard ketika ini mendapati, Google kini menggunakan pendekatan baru untuk menilai isi kandungan yang segar. Tujuannya jelas, iaitu untuk membantu pengguna Internet memperoleh carian yang menepati keperluan mereka.
Justeru itu, berikut adalah idea-idea beliau terhadap pendekatan terbaru strategi optimasi enjin carian bermula tahun 2012.
Klik untuk artikel penuh